Beralihnya ke tahun 2020 melihatkan pelbagai musibah
telah melanda dunia. Daripada konflik pra-peperangan Amerika-Iran, kebakaran yang
memusnahkan sebahagian besar hutan hujan Australia, banjir di sana sini dan terkini
penularan wabak coronavirus atau lebih dikenali sebagai 2019-nCOV.
2019 Novel
Coronavirus (2019-nCoV) adalah virus (lebih khusus, coronavirus) yang
dikenalpasti sebagai punca penyakit pernafasan yang pertama dikesan di bandar Wuhan,
wilayah Huabei, China.
![]() |
Ianya dikenalpasti dan disahkan pada penghujung Disember 2019 di pasar Hua Nan.
Menurut Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO) dan pihak berkuasa China virus terbaru itu
dikenalpasti dan disahkan pada 7 Januari
2020. Virus ini dilabelkan sebagai 2019-nCOV buat sementara waktu dan belum ada lagi
keputusan rasmi dalam menamakan virus ini.
Para pegawai kesihatan China masih menelusuri punca
sebenar tercetusnya virus ini dan hipotesis awal menganggapkan ianya ada kaitan
dengan pasar Hua Nan yang terkenal dalam menyediakan bekalan spesis hidupan
liar(samada hidup ataupun mati) sebagai
juadah makanan.
Tercetusnya wabak ini dikatakan bermula daripada
insiden virus yang menjadikan haiwan sebagai perumahnya telah mula menghinggap
kepada manusia. Ini terjadi melalui perantaraan sentuhan antara manusia dan
haiwan terutamanya dalam pasar yang membekalkan haiwan liar samada hidup ataupun
yang telah mati sebagai menu hidangan.
Apakah Ia Coronavirus?
Coronavirus adalah keluarga virus yang boleh
mengakibatkan pelbagai penyakit pada manusia yang simptomnya bermula daripada
demam, selsema dan batuk sehingga mendatangkan penyakit pernafasan yang sama
seperti SARS dan MERS serta mengancam nyawa manusia.
Dinamakan coronavirus sempena bentuknya seakan mahkota dengan timbulan@’spike’ disekitarnya
(dalam
bahasa Latin mahkota dikenali sebagai “corona”).
Seperti mana virus Ebola yang dibawa oleh kelawar dan merayap ke manusia, virus MERS daripada unta ke manusia dan virus
SARS yang dibawa oleh spesis musang
dan kemudiannya berpindah ke manusia. Tetapi bagaimana virus 2019n-COV tersebar kepada manusia, setakat ini belum lagi ditemukan
jawapan tetapi sumber daripada Pertubuhan
Kesihatan Sedunia(WHO) dan pihak berkuasa China menganggap berkemungkinan
berpunca daripada haiwan.
Hasil siasatan telah mengesahkan bahawa kebanyakan
daripada pesakit terawal yang dijangkiti virus ini terdiri daripada pekerja dan
pengunjung pasar Hua Nan.
Pasar ini ditutup pada 1
Januari 2020 bagi mencegahnya daripada merebak apabila ianya disahkan boleh
berjangkit antara sesama manusia.
Bagaimana
Virus Ini Menjangkiti?
Para pegawai kesihatan China percaya virus itu dapat
berpindah daripada satu individu ke individu lain melalui pertukaran cecair
dari saluran pernafasan, tetapi mereka masih tidak pasti bagaimana.
Tiada
bukti lagi bahawa virus itu boleh menyebar dari satu individu ke individu lain
seperti mana yang lazimnya penyebaran penyakit selesema tetapi hal inilah
sesuatu yang diawasi oleh para pegawai kesihatan global sehingga ke hari ini.
Siapakah
Berisiko Untuk Dijangkiti
Menurut Jawatankuasa
Kecemasan Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengenai coronavirus dalam sidang
media pada 22 Januari 2020, berkata;
“Bahawa hampir
tiga perempat daripada kes yang dilaporkan mati mempunyai rekod kesihatan
seperti penyakit kardiovaskular dan diabetes. Tetapi ada kes-kes yang disahkan
sebaliknya sihat serta melibatkan individu muda”.
Bentuk Rawatan
Yang Disyorkan Untuk Virus Ini
Tiada rawatan khusus untuk virus 2019-nCOV serta tiada
vaksin yang diluluskan khas dalam merawat virus ini.
Negara dan
Rantau Yang Terjejas Akibat Virus Ini?
![]() |
| Data dikemaskini sehingga 31 Januari 2020 |
Langkah
Keselamatan Dalam Melindungi Diri Daripada Dijangkiti
Saranan WHO bagi menghindari daripada dijangkiti
virus ini adalah dengan;
- Kerap mencuci tangan dengan sabun dan air atau menggunakan pembersih tangan berasaskan alkohol.
- Menutup mulut dan hidung dengan lipatan siku atau tisu yang apabila batuk dan bersin.
- Elakkkan hubungan rapat dengan orang yang mempunyai demam dan batuk.
- Elakkan sentuhan secara langsung dengan haiwan hidup semasa berada di pasar.
- Elakkan daripada memakan daging mentah atau separa masak.
- Sentiasa berhati-hati dalam mengendalikan daging mentah, susu atau organ haiwan bagi mengelakkan pencemaran bersilang dengan makanan yang dimasak.
Sehingga 30
Januari 2020, terdapat 8 kes yang disahkan dijangkiti virus ini dan
kesemuanya melibatkan warga China yang melancong ataupun melawat Malaysia
sempena Tahun Baru Cina. Tiada lagi kes yang melibatkan warga tempatan
dilaporkan.
Sama-samalah kita berdoa dan berharap agar penularan wabak ini
dapat segera diatasi serta vaksin dalam meneutralkan virus ini ditemui.
Insiden yang kini berlaku diharapkan memberi
pengajaran kepada kita semua bahawa pentingnya kebersihan, penjagaan kesihatan
dan pemakanan serta pemuliharaan alam sekitar agar bumi yang kita diami menjadi
sumber kemakmuran dan keselesaan buat semua.
Akhir kata, kebersihan amatlah penting untuk ditekankan dan dititkberatkan sebagaimana;
"KEBERSIHAN ADALAH SEPARUH DARIPADA IMAN"
Wallahuaklam.













